Tuesday, November 10, 2009

Tsunami di rumah sewa...

Semalam sempat pergi tengok apartment di Desa Palma, Nilai. Apartment ini, semasa menang lelongan tempoh hari memang sedia ada penyewa/pelajar dari Sri Lanka. Memandangkan mereka merayu untuk terus tinggal sehingga bulan Disember, kita pun setujulah tanpa menaikkan sewa dan tanpa cagaran tambahan.
Awal minggu saya dapat sms mereka dah keluar dari rumah dan meninggalkan kunci di dalam peti surat.

Semalam baru sempat melawat. Alamak! rumah macam di landa tsunami, bertebaran segala macam benda ditinggalkan, kain baju, pinggan mangkok, almari rosak, basikal, komputer rosak, kasut dll. Huh letih nak menyuci rumah ni. Nampaknya nak kena cari Indon la nampaknya.

Pengajaran, kalau beli rumah yang dah ada penyewa, sekurang-kurang deposit baru untuk api, air patut ambil. Rasa kesian dan simpati kita kadang-kadang tak berbaloi bila mereka pindah mengejut macam ini..