Tuesday, June 29, 2010

dua terlepas, lima masih ada peluang...

Awal tahun ada tujuh pelan yang ingin dicapai.. Hari ini hampir enam bulan telah berlalu, hanya tinggal enam bulan lagi untuk di capai lima lagi target yang ditetapkan..

1. Menunaikan haji dah terlepas, walaupun berusaha kuat tapi tak juga berjaya. Mungkin belum ada rezeki, InsyAllah tahun depan boleh cuba lagi....

2. OD ASB mengikut kata kawan-kawan dah tak dibenarkan oleh pihak PNB.. Sebenarnya saya dah menukarkan simpanan ASB ke sijil dua bulan lepas, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan kerja dan kerja bertangguh untuk ke bank sampai hari ini tak diselesaikan.... maka jadilah saperti kata orang lama, kerja bertangguh tak menjadi.

Nampaknya setengah tahun sahaja lagi masa yang tinggal,terpaksa kena buat kajian separuh penggal, supaya target yang berbaki dapat di capai..Hingga kini target untuk rumah pun tak boleh dicapai lagi, tidak ada yang sesuai di hati, harap-harap sehingga hujung tahun ianya akan dapat di capai. sasaran yang lain insyaAllah mungkin dapat di capai..Saya doakan kawan-kawan yang lain lebih bernasib baik dan terus maju dalam pelan pelaburan tahun ini..

Thursday, June 10, 2010

Asrama di Cyberjaya??

Sebulan lepas saya sempat memberi taklimat ringkas kepada MD Unilodge Australia, yang menjadi tamu Kumpulan EMKAY tentang profil pelajar-pelajar di Cyberjaya termasuklah unjuran pelajar di pelbagai universiti di Cyberjaya secara kasar. Semalam berkesempatan mendengar cadangan pembinaan asrama dari kumpulan dalam negeri juga bercadang untuk membuat asrama di Cyberjaya. Mereka sudah di peringkat mereka bentuk bangunan.. Saya juga memberi mereka ini sedikit gambaran tentang keseluruhan keperluan perumahan pelajar di Cyberjaya..Sehingga kini yang saya tahu terdapat tiga syarikat sedang dalam perancangan teliti untuk membina asrama di Cyberjaya.

Dalam hati kecil terfikir juga apa akan jadi kepada pelaburan rumah di Cyberjaya yang saya dan kawan-kawan sedang buat pelaburan? Apakah semua pelajar-pelajar ini akan berpindah ke asrama yang bakal di bina nanti? Siapa pula nak menyewa rumah di Cyberjaya nanti?

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk melabur di Cyberjaya, saya fikir tidak perlu risau. Saya berpendapat pasaran yang sedia ada dan pertambahan penduduk serta aktiviti baru yang sedang berkembang, cukup untuk menampung pertambahan dalam bekalan rumah/asrama. Harap saya tidak syok sendiri dengan gambaran tersebut.. Selamat membeli rumah di Cyberjaya!