Tuesday, August 25, 2009

Cyberjaya lelong?..

Condo di Cyberjaya yang di lelong bukan mudah untuk dimenangi. Sejak empat lima bulan yang lepas, sudah lima kali saya mencuba dan hanya sekali saya berjaya di Cyberia Smarthomes. Itu pun terpaksa berlawan. Unit di Crecent 1 dan Crecent 2 juga agak sukar di dapati. Tiga kali saya mencuba untuk unit Crecent2 hanya sekali saya berjaya mendapat RP.. Kedua-dua unit yang didapati itu pun adalah lot bumiputra. Bagi lot-lot bukan bumi memang terpaksa berentap. Nampaknya mereka ini cukup berkeyakinan dengan prospek di Cyberjaya.

Unit-unit Condo Townvilla di Crecent 1 masih mudah di dapati tetapi harganya masih di paras yang agak tinggi. Walaupun begitu RP unit-unit ini adalah di bawah paras harga jualan. Mungkin reka bentuknya yang kurang menarik, menjadi punca ianya tidak menjadi rebutan bakal-bakal pelabur/pembeli.

Unit-unit 'The Domain' di Neo-Cyber juga kabarnya dah habis di jual. Nampaknya semakin hari semakin sukar mendapat unit-unit condo yang di lelong di Cyberjaya.Hm nampaknya kalau lelongan tersebut pada hari kerja maka ada lah sedikit peluang tetapi kalau pada hari Sabtu terpaksalah berentap dengan orang ramai.

Ura-ura Cyberview Sdn Bhd untuk membina rumah mampu milik di Cyberjaya masih lagi belum terlaksana. Sementara itu beberapa projek baru sedang giat dilaksanakan di sekitar Cyberjaya. Selain dari Syarikat-syarikat berteknologi tinggi, satu lagi universiti akan didirikan di Cyberjaya.

Kawan-kawan, masih belum terlambat, melawat dan tinjau-tinjaulah peluang pelaburan di Cyberjaya......Selamat melabur!

Saturday, August 1, 2009

Bulan July yang tak merangsangkan...

Bulan Julai dah pun berlalu semalam... Kalah dua kali bagi rumah di Cyberjaya. Yang paling kesal ialah rumah Townvilla yang memang aku tunggu sekian lama. Malang, tidak dapat hadir sendiri semasa lelongan dan terpaksa wakilkan kepada Tuanbri. Akhirnya, gagal...Sementara itu apartment di Putrajaya pula tak jadi lelong di saat akhir.Mungkin tiada rezeki.

Banyak lagi rumah sekitar Cyberjaya akan dilelong pada bulan Ogos ini. Sementara itu unit condo yang aku dapat tempoh hari secara resmi di sewa.. OK la ada sedikit aliran tunai positif..

Hari ini dan besok terpaksa habiskan masa mencuci rumah yang telah siap di tambah dengan sedikit pengubahsuaian kecil. Mungkin minggu depan kami bolehlah masuk barang-barang dan insyaallah bulan puasa nanti boleh kot bermalam semalam dua di situ...