Friday, July 17, 2009

Sifu Faris...

dulu semalam, malam Jumaat, sempat sembang panjang dengan sifu Faris di Cyberjaya. Kebetulan berjumpa beliau yang ke situ menyelesaikan kerjanya dan aku pula sedang dalam proses mengemaskini rumah berdekatan..Hebat, anak muda ini, sifu one solution dari geng PMC ni! Banyak yang dapat aku belajar dari beliau. Walaupun kita ni dah lama..... tua la tu.. tapi dari segi pengalaman dalam hartanah ni banyak lagi kena belajar dari sifu-sifu one solution.

Banyak petua dan nasihat dari mereka dalam blog masing-masing.. Aku seronok dan bangga dengan mereka ini. Idealisma, semangat, perkongsian ide, networking, sederhana, semua ciri-ciri yang baik dan patut dicontohi oleh ramai lagi anak-anak melayu di luar sana..

Lepas tu pergi tengok rumah yang akan lelong hari ni.. aku hanya tunggu dalam kereta, anak naik tengok, tingkat atas sekali, katanya tak payahlah.... nampak macam ada masaalah, hampir semua unit di tingkat tu kosong.. katanya mungkin ada masaalah bumbung.. Flat, bumbung rosak ?? camana? Jadi, kali ini aku dengar cakap anak aku.. Sekurang-kurangnya dia belajar membuat penilaian terhadap hartanah yang ingin di bida..Rumah berdekatan yang kami ambil sebelum ini pun agak teruk tapi cuma 'wiring'dan dapur yang perlu di baiki sikit. OK la..

Jadi, kawan-kawan kalau nak beli flat low cost yang lama ditinggalkan hati-hati dan periksa dengan teliti keadaan rumah.. keadaan fisikal, wiring,air, tunggakan bil dll.. boleh memeningkan kepala juga dengan kos pembaikan yang tinggi..Selamat berbida pada kawan-kawan dilelongan hari ini..Dah maklum pada Faris tak jadi untuk unit di Bangi tu!

Kami sekeluarga balik ke utara...

Monday, July 13, 2009

Akaun CDS ...bursa Malaysia

Pagi ini ke Mercury Security untuk menyemak akaun CDS aku dan isteri.Zaman tahun 90an ada la sikit-sikit hasil dari 'pink form'dan undian. sijil-sijil ini ditukarkan ke akaun CDS. Kali terakhir membuat pembelian dan jualan syer melalui akaun berkenaan kalau tak silap aku ialah pada tahun 2000 atau 2001. Hampir sembilan tahun aku tak pernah menyentuh akaun tersebut. Memanglah ada lagi beberapa lot syer dari beberapa syarikat yang di beli ketika itu di dalam akaun berkenaan. Dengan keadaan pasaran saham yang tak menentu aku tinggalkan langsung syer berkenaan di adalam akaun tersebut. Kalau barang sah dah berabuk.. Macam medan di serang garuda, senyap dan sunyi, tak ada orang, yang ada hanyalahlah dua tiga orang broker..tu pun ada yang tidur...

Alhamdulillah, akaun berkenaan masih boleh digunakan. Sempatlah aku kemaskinikan rekodnya. Alamak.. banyak juga kaunter yang dah tiada lagi dalam KLSE. Ada yang telah tidak disenaraikan, ada yang kena suspend,..Terbakar jari lagi.Lebih teruk bila pindah pun tak pernah kemaskini alamat baru. Dividen pun tak pernah terima!.Nampaknya kenalah lebih berhati-hati sikit selepas ini. Dulu beli syer dari kaunter ini main dengar kawan-kawan sahaja.. Kalau beli ASB pun tak hilang duit..Ya lah KLSE ini risikonya pun agak tinggi..

Jadi kawan-kawan, melabur dalam pasaran saham ni banyak risikonya. Tambah lagi kalau kita tak punya masa, sibuk dan tidak dapat memberi tumpuan, adalah lebih baik jangan di cuba. Lebih selamat membeli ASB dan lain-lain tabung amanah. Lebih baik ikut petua sifu Pie...beli rumah lelong dll hartanah banyak-banyak..

Sunday, July 5, 2009

Koperasi Hartanah Selangor Berhad...



(gambar dari Mr Dodi)
Semalam, selepas lelongan di Equatorial, sempat bawa anak membeli sedikit barang-barang keperluan beliau. Petang sempat hadir mesyuarat penubuhan koperasi di atas di balairaya Kg. Sungai Ramal, Kajang.Sebenarnya aku tak pernah melalui kawasan Sg Ramal dan semalam adalah kali pertama aku ke sana.Selepas lelong tersebut sempat minum dan sembang dengan Faris 'One Solution'. Faris kata Ok, ahli baru masih lagi di terima. Walaupun aku tak mengenali sesiapa di situ aku pergi ja, moga dapat network dengan diaorang...

Sebelum ini hanya mengenali mereka ini melalui blog-blog sifu, faris, juruukur dll. sayang tak sempat minum selepas mesyuarat kerana terpaksa ke KLIA. Mungkin lain kali dapat TT dengan kawan-kawan baru ni!Pada aku rangkaian kumpulan ini agak unik dan amat perlu di buat sahabat..

Cadangan dan kegiatan kumpulan ini patut di beri sokongan. Agaknya dari banyak-banyak nama peserta dan ahli yang hadir, aku mungkin antara yang veteran yang dalam kumpulan tersebut. Mereka ini di dapati mempunyai motivasi dan mempunyai perancangan yang baik kususnya darisegi ekonomi dan keawangan.. aku doakan moga usaha mereka akan terus meningkat dan berjaya...

Bangi...

Semalam, sempat juga ke jualan lelong Henry Butcher di Equatorial Hotel.Mulanya rasa malas nak memasuki bidaan rumah flat kos murah di Bangi ini memandangkan kesuntukan masa untuk memeriksa rumah tersebut.Apa-apa maklumat yang di dapati hanyalah dari cerita dan gambaran staf aku.. Pukul 9.00 pagi masih lagi mendapatkan kepastian mengenai potensi sewaan di kawasan berkenaan.

Akhirnya tawakkal, pendaftaran di buat, wow nombor bertuah 111. Bidaan hanya dua kali dari satu lagi pembida . Akhirnya 'calling one and calling two',.. dapat lah flat kos rendah di sana..

Bulan ini terpaksa bersihkan dulu dan buat sedikit pembaikan kecil. Bulan depan harap dapat penyewa pertama. OK lah, janji aliran tunai postif +++