Thursday, December 31, 2009

Tahun 2010

Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan di alam cyber. Tahun 2009, telah pergi untuk selamanya. Memang kata orang 'masa'sifatnya tidak akan dapat di ganti. Jika tidak digunakan dengan sebaiknya kita juga yang rugi..Sudah tentu banyak masa yang terbuang pada tahun 2009. Tidak guna kita menyesali perkara yang telah berlalu...

Yang penting, hari ini permulaan tahun baru, tahun 2010. Banyak azam dan resolusi baru yang telah di buat. Saya doakan kawan-kawan semua akan terus berjaya dalam bidang pelaburan bagi tahun ini.Bagi saya tahun ini KPI baru yang ditetapkan sedikit sahaja dalam bidang pelaburan hartanah tetapi lebih banyak ditumpukan kepada soal sahsiah diri ...

-Menunaikan haji - usaha keras mendapatkan giliran/kebenaran TH
-Apartment@rumah - jumlah yang sama dengan tahun 2009
-Aktifkan akaun cds @saham bursa - suku tahun pertama
-Overdraft Sijil ASB - suku tahun pertama
-Selesai baki hutang rumah lama - tidak lewat dari oktobber
-Kerja kebajikan/sedekah - peruntukan bulanan
-Jogging - minimum tiga kali seminggu

Doa dan harapan dapat dilaksanakan sepanjang tahun ini. InsyaAllah

Saturday, December 26, 2009

pelaburan untuk anak..

minggu ini bzzz dengan kerja, macam-macam nak diselesaikan. Sempat juga lari ke IDP menguruskan pembayaran yuran anak untuk belajar ke Tasmania. Kerja yang di buat amat efisiyen, sekejap sahaja. Tidak sampai seminggu, dapat COE untuk buat visa. Itu pun sekejap saja. Cuma ambil masa sikit untuk siapkan pemeriksaan doktor. Harap minggu ni semuanya selesai..

Pelajaran anak-anak juga satu bentuk pelaburan yang penting. Tahun depan bertambahlah perbelanjaaan bulanan untuk menampung kos sara hidup anak di luar negara. Nampaknya terpaksa kurangkan sedikit aktiviti pelaburan di sini. Selaku ibubapa kita terpaksa mengorbankan banyak perkara demi masa depan anak-anak.

Semalam, sempat jadi wakil tuan rumah bagi menyambut rombongan peminangan anak perempuan kawan lama di Bukit Cheras. Gurba juga mulanya, tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Cepatnya budak-budak membesar, bersekolah, bekerja dan bertunang dan
berkahwin. Terasa benar kita semakin tua...

Tahun depan, 2010, sekejap lagi akan datang. Bertambah lagi umur kita. Nampaknya kena buat KPI baru kususnya yang berkaitan dengan pembelian hartanah..Moga-moga semua rakan-rakan di luar sana akan terus melabur dan terus berjaya. InsyaAllah.

Sunday, December 13, 2009

Langsir segera....

Hari ini, balik dari Cerating, kami sekeluarga ke Nilai 3. Ini adalah kali pertama saya ke sana. Mem dah malas/tak ada masa nak jahit langsir untuk rumah yang akan di sewa mulai Januari ini. Rumah di Nilai dan Cyberjaya tu dah ada penyewanya. Jadi kenalah beli langsir saperti yang dipersetujui..

Pendekkan cerita sampai saja terus pilih kain dan minta mereka siapkan jahitannya sekali. Lebihkurang satu jam empat puloh minit siaplah langsir untuk dua buah apartment kami.. Mudah tak payah dok berjegang mata, kata mem..

Nilai 3, satu contoh bagaimana dengan sedikit ktreativiti pihak pengusaha dapat menukar bencana menjadi peluang dan hasil. Apa tidaknya kedai-kedai yang tidak laku ini bertukar wajah menjadi satu kawasan perniagaan yang menarik..Tapi yang sedihnya mana dia kaum bumiputra ? Dari pengusaha sampai kepada pekerja hampir semua dari luar negara saperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan peniaganya dari Pakistan, India, Indonesia dll.

Beli apartment dan sewa pun terpaksa kepada pelajar dan expat luar negara. Itu pun mereka ini dari Indon, India dan Bangla yang ramai menghuni dan belajar di Cyberjaya....

Tuesday, November 10, 2009

Tsunami di rumah sewa...

Semalam sempat pergi tengok apartment di Desa Palma, Nilai. Apartment ini, semasa menang lelongan tempoh hari memang sedia ada penyewa/pelajar dari Sri Lanka. Memandangkan mereka merayu untuk terus tinggal sehingga bulan Disember, kita pun setujulah tanpa menaikkan sewa dan tanpa cagaran tambahan.
Awal minggu saya dapat sms mereka dah keluar dari rumah dan meninggalkan kunci di dalam peti surat.

Semalam baru sempat melawat. Alamak! rumah macam di landa tsunami, bertebaran segala macam benda ditinggalkan, kain baju, pinggan mangkok, almari rosak, basikal, komputer rosak, kasut dll. Huh letih nak menyuci rumah ni. Nampaknya nak kena cari Indon la nampaknya.

Pengajaran, kalau beli rumah yang dah ada penyewa, sekurang-kurang deposit baru untuk api, air patut ambil. Rasa kesian dan simpati kita kadang-kadang tak berbaloi bila mereka pindah mengejut macam ini..

Thursday, October 29, 2009

Musim ke Mekah..dan doa kawan...

Semalam sempat melawat kawan lama yang akan bertolak ke Mekah pada hari ini. Tercapai juga hajat kawan nak ke Mekah. Itu pun setelah dua tahun pencen dari perkhidmatan kerajaan. Aku tahu, selepas pencen, beliau bekerja keras membuat kebun di Batang Kali,pendekkata apa saja yang boleh di jual akan di tanam, di beli dan di jual semula di pasar borong dan kedai-kedai makan sekitar Kl. Hebat kawan aku ini. Walaupun pencen beliau dah mencukupi, walaupun beliau bekas pegawai tinggi kerajaan tapi beliau tetap berbudi kepada tanah dan hasilnya hari ini beliau dapat menunaikan haji ke Mekah. Menabung dan berusaha penting. Moga beliau mendapat haji yang mabrur dan selamat mengerjakan haji serta selamat kembali ke tanah air....Amim.

Semalam sebelum kerumahnya sempat berjumpa sifu Faris untuk menyerahkan bank deraf deposit untuk lelong hari ini. Malang setelah bergegas nak melawat kawan, kereta aku buat hal di tengah jalan pulak. Dah lah aku tak tahu sangat kawasan Balakong ke Bandar Tun Hussein tu. Bengang betul,semuanya sebab gara-gara kelalaian budak yang menukar 'compressor aircond'aku semalam. klip yang mengikat saluran air ke tangki air tercabut/longgar. Akibatnya kereta aku 'overheated', nasib tak lingkup terus enjinta kereta tu.

Majlis bacaan Yasin/Doa selamat pun tak sempat. Hampir dua jam aku kat simpang Jusco Balakong, nasib ada kawan mekanik yang datang membantu. Kawan dan rangkaian sahabat juga penting. Akhirnya 12.30 pagi aku sempat juga ke rumah kawan ni. Alhamdulillah sempat berjumpa. Mungkin niat aku baik selesai juga tujuan walaupun ada gangguan..

Hari ini tengah bengang dengan kes kereta semalam, dapat berita baik dari Faris dan alhamdulillah, unit yang aku suruh dia tolong masuk dapat pulak RP.. Tamat KPI 2009..Tadi sempat jumpa tenants sedia ada di rumah berkenaan, budak-budak LKW dari Indon dan aku dah maklumkan kepada mereka. Nampaknya mereka akan terus kekal di situ. woww tak payah pening-pening cari tenants baru!....Berkat doa kawan-kawan..

Saturday, October 24, 2009

Belanjawan 2010 dan Cyberjaya..

Belanjawan 2010 tetap dan akan terus memberikan pelbagai insentif bagi pembangunan industri kreatif. Cyberjaya merupakan pusat bagi pertumbuhan industri kreatif dan juga teknologi maklumat.Begitu juga dengan outsourcing industri dalam bidang perkhidmatan akan terus dikembangkan dan ini juga akan memberi impak yang baik kepada Cyberjaya.

Cyberjaya dan Putrajaya akan terus dibangunkan dan akan compliment antara satu sama lain. Kemudahan baru, rumah mampu milik, hypermarket akan dujudkan di Cyberjaya, demikian antara kandungan ucapan belanjawan 2010 semalam. Sebelum ini, kabarnya juga Universiti Madinah yang sedang beroperasi di Shah Alam akan berpindah bersebelahan dengan tapak Masjid Cyberjaya. Sehinggkini terdapat tiga buah universiti iaitu MMU, LimKOkWing dan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

Sekarang ini pun, pelbagai pembinaan pasarana sedang giat dibangunkan. Semua perkembangan ini amat menarik dan sudah tentu menyumbang permintaan kepada perumahan/hartanah. Tahun depan merupakan tahun yang semakin positif dalam pelaburan hartanah di  Cyberjaya.

Dua bulan lagi tahun 2009 akan berakhir.. Aku target sekuran-kurang dua lagi apartment di Cyberjaya. Moga lelongan BSN minggu depan dapat menyelesaikan KPI untuk tahun ini. KPI baru untuk tahun 2010 sedang di  halusi...

Monday, October 12, 2009

Melabur dan Duit Raya.......

Pagi ini sempat singgah di pejabat peguam bagi menjelaskan baki bayaran bagi unit-unit di Nilai dan Bangi yang dimenangi masa lelongan bulan September tempoh hari. Yang cantiknya lepas membayar unit ini,Siti staf Junny menyerahkan cek RM 5k sebagai bayaran balik cukai dan bayaran pengurusan unit Cyberia yan aku beli sebelum ini. Rezeki lepas raya, macam dapat duit raya lak....

Unit di Bangi ni merupakan flat kos rendah dan memang tak bercadang untuk mengambil pinjaman. Hingga kini aku masih belum dapat memasukkan air kerana urusan pertukaran nama belum diselesaikan lagi. Leceh betul pihak berkuasa air di Selangor ini. Setakat kontrak lelong dan resit bayaran masih belum cukup! Kita nak bayar deposit wang pun mereka tak hendak, memang bodoh..

Manakala unit di Nilai hanya apartmen kos sederhana dan telah pun aku sewa sejak dua bulan lepas. Budak-budak Sri Lanka memang sempoi, aku nak bagi kipas angin pun mereka tak mahu. Cuma mereka hendak aku kenakan sewa kadar lama. OK la aku bagi mereka sampai Disember ini kadar lama dan Januari ini aku akan naikkan sedikit. Rumah di sini tak ada masaalah untuk di sewa kerana pelajar INTI cukup ramai. Memandangkan tarikh akhir untuk penjelasan baki bayaran pada 24 oktober ini jadi terpaksalah aku dulukan bayaran sementara menunggu pinjaman lulus.. Yang salahnya aku juga, baru ini baru nak memohon pinjaman..siaaapa suroh lambat-lambat ha baru padan muka..nasib baik rumah dah ada penyewa..

Minggu lepas pinjaman untuk unit Cyberia Crecent oleh isteri aku telah pun diselesaikan. Semua dokumen pinjaman telah ditandatangani di pejabat peguam bank. Insyaalah, bulan ini bolehlah di sewa..Ada beberapa perabut lagi perlu di isi...

Bulan Oktober nampaknya bolehlah kembali cergas. Sepanjang bulan puasa tempoh hari malas sikit nak ambil tahu pasai lelongan. Nak masuk KL pun naik semak, jam tak habis-habis. bulan ini rasa lega sikit. Ada beberapa unit condo di disekitar Cyberjaya yang mungkin sesuai untuk di bida..

Tuesday, August 25, 2009

Cyberjaya lelong?..

Condo di Cyberjaya yang di lelong bukan mudah untuk dimenangi. Sejak empat lima bulan yang lepas, sudah lima kali saya mencuba dan hanya sekali saya berjaya di Cyberia Smarthomes. Itu pun terpaksa berlawan. Unit di Crecent 1 dan Crecent 2 juga agak sukar di dapati. Tiga kali saya mencuba untuk unit Crecent2 hanya sekali saya berjaya mendapat RP.. Kedua-dua unit yang didapati itu pun adalah lot bumiputra. Bagi lot-lot bukan bumi memang terpaksa berentap. Nampaknya mereka ini cukup berkeyakinan dengan prospek di Cyberjaya.

Unit-unit Condo Townvilla di Crecent 1 masih mudah di dapati tetapi harganya masih di paras yang agak tinggi. Walaupun begitu RP unit-unit ini adalah di bawah paras harga jualan. Mungkin reka bentuknya yang kurang menarik, menjadi punca ianya tidak menjadi rebutan bakal-bakal pelabur/pembeli.

Unit-unit 'The Domain' di Neo-Cyber juga kabarnya dah habis di jual. Nampaknya semakin hari semakin sukar mendapat unit-unit condo yang di lelong di Cyberjaya.Hm nampaknya kalau lelongan tersebut pada hari kerja maka ada lah sedikit peluang tetapi kalau pada hari Sabtu terpaksalah berentap dengan orang ramai.

Ura-ura Cyberview Sdn Bhd untuk membina rumah mampu milik di Cyberjaya masih lagi belum terlaksana. Sementara itu beberapa projek baru sedang giat dilaksanakan di sekitar Cyberjaya. Selain dari Syarikat-syarikat berteknologi tinggi, satu lagi universiti akan didirikan di Cyberjaya.

Kawan-kawan, masih belum terlambat, melawat dan tinjau-tinjaulah peluang pelaburan di Cyberjaya......Selamat melabur!

Saturday, August 1, 2009

Bulan July yang tak merangsangkan...

Bulan Julai dah pun berlalu semalam... Kalah dua kali bagi rumah di Cyberjaya. Yang paling kesal ialah rumah Townvilla yang memang aku tunggu sekian lama. Malang, tidak dapat hadir sendiri semasa lelongan dan terpaksa wakilkan kepada Tuanbri. Akhirnya, gagal...Sementara itu apartment di Putrajaya pula tak jadi lelong di saat akhir.Mungkin tiada rezeki.

Banyak lagi rumah sekitar Cyberjaya akan dilelong pada bulan Ogos ini. Sementara itu unit condo yang aku dapat tempoh hari secara resmi di sewa.. OK la ada sedikit aliran tunai positif..

Hari ini dan besok terpaksa habiskan masa mencuci rumah yang telah siap di tambah dengan sedikit pengubahsuaian kecil. Mungkin minggu depan kami bolehlah masuk barang-barang dan insyaallah bulan puasa nanti boleh kot bermalam semalam dua di situ...

Friday, July 17, 2009

Sifu Faris...

dulu semalam, malam Jumaat, sempat sembang panjang dengan sifu Faris di Cyberjaya. Kebetulan berjumpa beliau yang ke situ menyelesaikan kerjanya dan aku pula sedang dalam proses mengemaskini rumah berdekatan..Hebat, anak muda ini, sifu one solution dari geng PMC ni! Banyak yang dapat aku belajar dari beliau. Walaupun kita ni dah lama..... tua la tu.. tapi dari segi pengalaman dalam hartanah ni banyak lagi kena belajar dari sifu-sifu one solution.

Banyak petua dan nasihat dari mereka dalam blog masing-masing.. Aku seronok dan bangga dengan mereka ini. Idealisma, semangat, perkongsian ide, networking, sederhana, semua ciri-ciri yang baik dan patut dicontohi oleh ramai lagi anak-anak melayu di luar sana..

Lepas tu pergi tengok rumah yang akan lelong hari ni.. aku hanya tunggu dalam kereta, anak naik tengok, tingkat atas sekali, katanya tak payahlah.... nampak macam ada masaalah, hampir semua unit di tingkat tu kosong.. katanya mungkin ada masaalah bumbung.. Flat, bumbung rosak ?? camana? Jadi, kali ini aku dengar cakap anak aku.. Sekurang-kurangnya dia belajar membuat penilaian terhadap hartanah yang ingin di bida..Rumah berdekatan yang kami ambil sebelum ini pun agak teruk tapi cuma 'wiring'dan dapur yang perlu di baiki sikit. OK la..

Jadi, kawan-kawan kalau nak beli flat low cost yang lama ditinggalkan hati-hati dan periksa dengan teliti keadaan rumah.. keadaan fisikal, wiring,air, tunggakan bil dll.. boleh memeningkan kepala juga dengan kos pembaikan yang tinggi..Selamat berbida pada kawan-kawan dilelongan hari ini..Dah maklum pada Faris tak jadi untuk unit di Bangi tu!

Kami sekeluarga balik ke utara...

Monday, July 13, 2009

Akaun CDS ...bursa Malaysia

Pagi ini ke Mercury Security untuk menyemak akaun CDS aku dan isteri.Zaman tahun 90an ada la sikit-sikit hasil dari 'pink form'dan undian. sijil-sijil ini ditukarkan ke akaun CDS. Kali terakhir membuat pembelian dan jualan syer melalui akaun berkenaan kalau tak silap aku ialah pada tahun 2000 atau 2001. Hampir sembilan tahun aku tak pernah menyentuh akaun tersebut. Memanglah ada lagi beberapa lot syer dari beberapa syarikat yang di beli ketika itu di dalam akaun berkenaan. Dengan keadaan pasaran saham yang tak menentu aku tinggalkan langsung syer berkenaan di adalam akaun tersebut. Kalau barang sah dah berabuk.. Macam medan di serang garuda, senyap dan sunyi, tak ada orang, yang ada hanyalahlah dua tiga orang broker..tu pun ada yang tidur...

Alhamdulillah, akaun berkenaan masih boleh digunakan. Sempatlah aku kemaskinikan rekodnya. Alamak.. banyak juga kaunter yang dah tiada lagi dalam KLSE. Ada yang telah tidak disenaraikan, ada yang kena suspend,..Terbakar jari lagi.Lebih teruk bila pindah pun tak pernah kemaskini alamat baru. Dividen pun tak pernah terima!.Nampaknya kenalah lebih berhati-hati sikit selepas ini. Dulu beli syer dari kaunter ini main dengar kawan-kawan sahaja.. Kalau beli ASB pun tak hilang duit..Ya lah KLSE ini risikonya pun agak tinggi..

Jadi kawan-kawan, melabur dalam pasaran saham ni banyak risikonya. Tambah lagi kalau kita tak punya masa, sibuk dan tidak dapat memberi tumpuan, adalah lebih baik jangan di cuba. Lebih selamat membeli ASB dan lain-lain tabung amanah. Lebih baik ikut petua sifu Pie...beli rumah lelong dll hartanah banyak-banyak..

Sunday, July 5, 2009

Koperasi Hartanah Selangor Berhad...



(gambar dari Mr Dodi)
Semalam, selepas lelongan di Equatorial, sempat bawa anak membeli sedikit barang-barang keperluan beliau. Petang sempat hadir mesyuarat penubuhan koperasi di atas di balairaya Kg. Sungai Ramal, Kajang.Sebenarnya aku tak pernah melalui kawasan Sg Ramal dan semalam adalah kali pertama aku ke sana.Selepas lelong tersebut sempat minum dan sembang dengan Faris 'One Solution'. Faris kata Ok, ahli baru masih lagi di terima. Walaupun aku tak mengenali sesiapa di situ aku pergi ja, moga dapat network dengan diaorang...

Sebelum ini hanya mengenali mereka ini melalui blog-blog sifu, faris, juruukur dll. sayang tak sempat minum selepas mesyuarat kerana terpaksa ke KLIA. Mungkin lain kali dapat TT dengan kawan-kawan baru ni!Pada aku rangkaian kumpulan ini agak unik dan amat perlu di buat sahabat..

Cadangan dan kegiatan kumpulan ini patut di beri sokongan. Agaknya dari banyak-banyak nama peserta dan ahli yang hadir, aku mungkin antara yang veteran yang dalam kumpulan tersebut. Mereka ini di dapati mempunyai motivasi dan mempunyai perancangan yang baik kususnya darisegi ekonomi dan keawangan.. aku doakan moga usaha mereka akan terus meningkat dan berjaya...

Bangi...

Semalam, sempat juga ke jualan lelong Henry Butcher di Equatorial Hotel.Mulanya rasa malas nak memasuki bidaan rumah flat kos murah di Bangi ini memandangkan kesuntukan masa untuk memeriksa rumah tersebut.Apa-apa maklumat yang di dapati hanyalah dari cerita dan gambaran staf aku.. Pukul 9.00 pagi masih lagi mendapatkan kepastian mengenai potensi sewaan di kawasan berkenaan.

Akhirnya tawakkal, pendaftaran di buat, wow nombor bertuah 111. Bidaan hanya dua kali dari satu lagi pembida . Akhirnya 'calling one and calling two',.. dapat lah flat kos rendah di sana..

Bulan ini terpaksa bersihkan dulu dan buat sedikit pembaikan kecil. Bulan depan harap dapat penyewa pertama. OK lah, janji aliran tunai postif +++

Saturday, June 20, 2009

Terlepas lagi lelongan RHB minggu ini..



Akhirnya kerja-kerja ubahsuai yang yang terlalu lama sangat tu, siap juga. Rasa serik kerja dengan anak bangsa sendiri begini. Kerja ubahsuai yang kecil begini pun terpaksa mengambil masa hampir empat bulan untuk disiapkan.. Ubahsuai ini hanya untuk bahagian belakang rumah sahaja..Kami hanya menambah bumbung dan mengganti pagar
belakang sahaja.

Sempat juga selepas itu melawat condo baru kami yang berdekatan dengan rumah di atas,. OK la, walaupun tidak mengadap kolam renang tapi dapat juga sudut pandangan ke kolam renang dari pintu hadapan. Terpaksalah mencari kontraktor lain bagi menyelesaikan kerja-kerja pemasangan lampu, kipas dan alat hawadingin di sini. Kami dah serik dengan kontraktor yang lepas..

Dua hartanah di atas menyebabkan minggu ini aku terpaksa lagi sekali melepaskan peluang menghadiri lelongan mega RHB di Kuala Lumpur semalam.. Banyak rumah yang menarik untuk di bida di situ. Saudara aku yang turut ke sana kabarnya mendapat satu unit rumah di Klang.. Tahniah kepada beliau yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah ini.. Tidak sia-sia aku menghabiskan masa memberi kuliah kepada beliau tentang pelaburan iini...

Friday, June 12, 2009

Lelong dan musim buah lagi...




Semalam dan hari ini berlangsung lagi lelong untuk bulan June. Semalam langsung tak dapat bergerak, ada tetamu dan kerja yang nak dibereskan. Bank deraf dah pun disediakan tetapi tak dapat digunakan. Petang terpaksa balik menghantar famili ke utara... Terpaksalah meninggalkan lelongan minggu ini..Nampaknya lain kali terpaksa mendapatkan perkhidmatan kawan-kawan jutawan tanah membantu..

Terdapat beberapa condo di kawasan Cyberia dan Crecent yang aku survey amat sesuai dan boleh mendatangkan + pulangan. Jauh lebih rendah dengan 'D Domain'. Selain Cyberjaya, terdapat beberapa unit di Seri Kembangan yang tidak kurang hebatnya dan amat strategik dari segi pulangan. Pendek kata ianya akan mendatangkan aliran tunai +. Mungkin rezeki minggu hadapan kot, banyak lagi condo yang akan di lelong di kawasan berkenaan..Insyaa...Alah mungkin dapat satu kot..

Tadi sempat meninjau kerja ubahsuai yang aku bagi pada budak-budak ini. Bukan banyak sangat tetapi dah hampir tiga bulan tak siap-siap.. Rasa macam nak suruh depa berhenti saja. Letih menunggu..Bila agaknya, anak bangsa aku ni nak belajar kerja bersungguh-sunguh dan menyedari masa tu sebenar emas, emas, emas!Yang terlepas tu dah tak boleh di ganti..

Petang ini terpaksa ke dusun buah tu sat.. kabarnya dah mula belajar jatuh buah-buah tu. Betul kata Azizi Ali,pelaburan tanah saperti ini tidak menguntungkan.. Upah menebas, upah membaja tidak pernah habis.. hasilnya ngak ado!Terpaksa talipon suku sakat pulak tu untuk mengambil buah tu! leceh betul! Mungkin satu hari nanti nak kena pecah lot tanah tu, baru ada pulangan kot! memanglah tak leh nak dibandingkan dengan Cyberjaya..

Wednesday, June 10, 2009

pindah lagi......


semalam sibuk mengangkut barang-barang kerana berhijrah lagi.. Dekat saja, dalam kawasan Cyberjaya juga. Cuma di apartmen baru ni agak tenang sikit, jauh sikit dari hiruk pikuk cyberia smart homes yang di huni oleh hampir semuanya oleh pelajar-pelajar universiti di sekitar Cyberjaya.Nasib baik, banyak rakyat yang tolong. Kiranya malam ini malam pertamalah di tempat baru... Kira punya kira dah masuk empat kali pindah dalam kawasan Cyberjaya ni!eh letih!

Saturday, June 6, 2009

cyberjaya condo



Semalam sempat jumpa Ms Junny lawyer yang aku pilih untuk menegendalikan urusan pertukaran nama dan pinjaman bank bagi condo yang baru aku dapat di cyberjaya. Minggu lepas pergi lelong di PAH dan akhirnya dapat la! Tu pun lawan juga. Agak mahal, tapi memang rancang nak dapat satu unit condo di situ... Dah tiga kali dah sebelum ini, asyik kalah ja..tu yang gagah juga unit ini..

Sembang punya sembang, lawyer ni rupanya mak mentua dia dekat saja dengan rumah aku di utara Malaysia. Ok la moga tak banyak masaalah. Semua dokumen telah aku siapkan terlebih dahulu, senanglah kerja dia...

Mamat yang duduk rumah tu student dari Kenya. OK la aku bagi depa duduk sampai hujung bulan. Julai nanti buat sikit pembaikan apa yang patut. August nanti bolehlah suruh rumah ni bekerja sikit untuk bayar bank he he. Penyewanya pun dah ada, bagus juga rumah lelong ni!