Friday, July 16, 2010

Kompleks Darul Hidayah...




Hari Rabu lepas 14 July 2010, bertempat di Kg. Sg. Mati Lepai, Langgar, Kedah, berlangsung majlis meletak batu asas pembinaan Kompleks Darul Hidayah. Kompleks ini mengandungi komponen pembangunan masjid, asrama pelajar, dewan, rumah warga emas. kompleks ini di jangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2011 ini.

Sempena dengan majlis tersebut, sekim jualan tanah untuk diwakafkan juga turut dilancarkan. Tanah di jual dengan harga RM30.00 bagi setiap kaki persegi. Orang ramai boleh membeli dari unit sekecil RM 30.00 sekaki persegi untuk diwakafkan bagi maksud pembinaan kompleks ini. Kepada yang berminat boleh terus menghubungi Ustaz Johari di talian 013-0134887559.

Kepada kawan-kawan di smping melabur dalam bidang hartanah, boleh juga melabur dengan mewakafkan tanah sebagai pelaburan kemudian hari nanti. InsyaAllah diberkati Allah swt.

Sunday, July 11, 2010

mewakafkan tanah sekecil satu kaki persegi...

Pagi tadi sempat melawat ke tapak pondok yang akan dibangunkan oleh seoarang kenalan lama yang sedang bergerak cergas dalam kegiatan dakwah disekitar Alor Star dan Langgar Kedah. Beliau sudah lama bercita-cita untuk mendirikan pondok berkenaan. Alhamdulillah, berkat doa, sokongan kawan-kawan, derma iklas orang ramai, akhirnya, impian dan cita-cita rakan saya ini mendapat hidayah dari Allah swt.

Pelancaran perletakan batu asas tapak berkenaan akan diadakan pada 14 July 2010 ini. Keseluruhan cadangan pembinaan akan meliputi bangunan asrama, dewan, masjid, pondok untuk orang tua, rumah tok guru dan tenaga pengajar dll. Keseluruhan kawasan ini akan dikenali sebagai Kompleks pusat pengajian ilmu-ilmu Ugama Islam, Kg. Sungai Mati, Mukim Lepai, Jalan Langgar, Kedah.

Konsep pembinaan dan perlaksanaan projek ini ialah dengan hasil wakaf dan derma dari orang ramai. Saya dimaklumkan orangramai boleh mewakafkan tanah dengan membeli tanah dari sekecil satu (1) kaki persegi sehingga beberapa ribu kaki persegi mengikut kemampuan sendiri.Setiap kaki persegi tanah yang hendak diwakafkan itu dijual dengan harga RM30.oo sekaki persegi.Penjualan tanah dan wakaf berkenaan akan dimulakan mulai 14 Julai ini.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk membeli tanah dan mewakafkanya untuk maksud pembinaan pondok berkenaan bolehlah terus menghubungi Tok Guru Pondok berkenaan dengan menghubungi Ustaz Johari @ 013-4887559 bagi mendapat keterangan lanjut. Saya sedia membantu kiranya ada di antara kawan-kawan berminat untuk melawat atau pun berjumpa dengan Ustaz Johari bagi melaksanakan wakaf masing-masing. Selamat menjalankan amal jariah dan pelaburan anda sekelian.