Sunday, March 27, 2011

Pembinaan Darul Hidayah





Empat bulan yang lepas, kerja-kerja pembinaan bilik air bagi kegunaan orang ramai dimulakan dan saperti di bawah. Sejak dua minggu yang lepas Alhamdulillah, surau dan tempat pengajian telah siap dan telah pun digunakan sepenuhnya. Kerja-kerja pembinaan bilik air juga di jangka dapat disispkan akhir bulan ini. Di atas adalah gambar terkini kemajuan kerja berkenaan. Sementara itu kerja-kerja pembinaan bangunan utama dan rumah guru, masih diteruskan dan di jangka memasuki fasa terakhir dan pembinaan.InsyaAllah jika tiada apa-apa halangan akhir bulan Jun nanti di jangka bangunan utama dan rumah guru siap sepenuhnya.

Sempena dengan majlis sambutan Maulidul Rasulpada awal bulan Mac baru-baru ini, beberapa kerja telah disiapkan. Antaranya ialah kerja-kerja lanskap, penurapan kawasan lapang di depan surau dan juga pembaikan jalan masuk ke kawasan pondok telah dsiapkan.

Darul Hidayah masih memerlukan sokongan derma dan pembelian tanah wakaf dari orang ramai bagi membangunkan beberapa lagi komponen pembangunan saperti asrama pelajar perempuan, rumah kelamin dan juga masjid. Kepada sahabat-sahabat yang berninat untuk membeli tanah wakaf masih boleh dilakukan dengan menghubungi Ustaz Johari Morad 012-5686025.

Monday, November 15, 2010

Surau Kompleks Darul hidayah.....




Pembinaan surau kompleks Darul Hidayah di Sungai mati, Langgar telah hampir siap sepenuhnya. Semua kerja-kerja utama telah pun siap kecuali kerja pemasangan siling masih lagi belum siap sepenuhnya. Hari ini kerja-kerja pemasangan jubin di bahagian bawah surau telah siap sepenuhnya. Di jangka surau ini dapat digunakan akhir bulan ini. Kerja-kerja pemasangan lampu sedang giat dilaksanakan. Adalah di jangkakan juga pihak kompleks Darul Hidayah akan mengadakan majlis Korban pada hari kedua hari Raya Korban akan datang.

Sementara itu pembinaan bangunan asrama penuntut laki-laki sedang dibangunkan dengan pesat. Lantai tingkat pertama bangunan tersebut telah siap disempurnakan. Kerja-kerja pemasangan tetulang bumbung di jangka akan bermula akhir bulan ini.jika tiada apa-apa halngan adalah di jangka bangunan ini akan dapat disiapkan pada bulan Mac tahun depan

Memandangkan surau yang hampir siap tersebut akan digunakan dalam masa terdekat ini maka kerja-kerja pembinaan bilik air masjid akan dipercepatkan. Ini untuk membolehkan para penuntut menggunakan bilik air semasa surau yang ada ini digunakan sepenuhnya. Masjid kompleks Drul Hidayah akan dilaksanakan selepas pembinaan bangunan asrama pelajar perempuan dan wargamas siap nanti.

Kepada yang masih belum mengambil bahagian untuk mewakafkan tanah bagi maksud pembinaan kompleks ini bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Ustaz Johari 012-5686025.

Saturday, October 2, 2010

Kemajuan Pembinaan Kompleks Darul Hidayah




Darul Hidayah awal Oktober 2010... Kemajuan pembinaan bangunan utama telah sampai keperingkat lantai tingkat pertama.Di jangka pembinaan lantai tingkat pertama ini akan siap sepenuhnya akhir bulan Oktober ini. Difahamkan bangunan ini akan dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir bulan Mac 2011 nanti. Sementara itu, surau yang diwakafkan juga telah hampir siap pemasangan bumbung dan di jangka akan siap sepenuhnya pertengahan bulan November ini.

Peringkat berikutnya ialah pembinaan rumah guru. Kerja-kerja tanah telah pun disiapkan dan kerja pembinaan rumah akan dijalankan sebaik sahaja kerja pembinaan surau siap dilaksanakan.

Sementara itu usaha penjualan tanah wakaf masih lagi diteruskan. Kepada sahabat-sahabat yang ingin membeli dan mewakafkan tanah bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Ustaz Johari telefon 012-5686025

Tuesday, August 31, 2010

34 hari Kompleks Darul Hidayah





Sejak majlis perletakan batu asas dan pelancaran penjualan tanah wakaf bagi pembinaan kompleks Darul Hidayah tempoh hari, progres pembinaan jelas saperti di dalam gambar di atas. Hingga kini pembinaan struktur bangunan asrama, kelas dan dewan terus maju dengan peringkat membuat lantai konkrit di tingkat kedua. Fasa kedua untuk pembinaan masjid di jangka akan dimulakan tidak lama lagi. Sementara itu pembinaan surau yang diwakafkan juga telah bermula dan di jangka siap tidak lama lagi.

Sementara itu tapak pembinaan pondok ini tidak putus-putus di lawati oleh pelbagai lapisan masyarakat yang ingin memberikan sumbangan dan sokongan moral, ide, keawangan dan buah fikiran. Hujun minggu lepas Yang Berbahgia Prof. Emiritus Dr. Abdul Halim Othman bekas TNC UKM dan Prof Dr. Jamil Othman, Rektor Universiti kolej Insaniah turut melapangkan waktu mendengar penjelasan ustaz Johari serta meninjau kawasan tapak pembinaan

Alhamdulillah, penjualan tanah wakaf juga berjalan dengan baik. Kepada rakan-rakan yang masih belum melaksanakan wakaf untuk diri sendiri atau kepada ibu-bapa yang telah meninggal, boleh berbuat demikian dengan menghubungi ustaz Johari di talian 013-4887559. Masih belum terlewat bagi anda membuat pelaburan ini....

Saturday, August 7, 2010

Pelaburan di Selatan Thailand




Minggu lepas sempat menyertai pameran anjuran IMGT di Saiburi Thailand. Sepanjang perjalanan ke sana agak merisaukan juga kerana sepanjang perjalanan kami terpaksa melalui banyak sekatan jalanraya.. Menetri Dalam Negeri Thailand, Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand dan YB Dr. Masitah, Timbalan Menteri di JPM, Malaysia turut hadir di majlis berkenaan.Ramai pengusaha barangan halal dari Malaysia turut serta di pameran tersebut.

Kami sempat meninjau dan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dari Thailand khususnya dalam bidang latihan dan pendidikan kepada masyarakat islam di selatan Thailand. Saya amat tertari dengan kesungguhan orang-orang islam memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Walau pun dalam serba kekurangan, sekolah swasta di sana mempunyai pelajar di antara 3,000 hingga melebihi 4,000 orang.Di Sekolah Darunsit Witya di Saiburi terdapat 4,300 orang murid.

Hebat, saya kagum dengan pengusaha sekolah swasta di Thailand khususnya masyarakat Islam di sana. Kami juga sempat berbincang dengan lembaga pengarah koperasi Islam yang baru sahaja membeli hospital 7tingkat di bandar Yala, Thailand. Walaupun mereka menerima pelbagai tekanan dan halangan tetapi mereka amat tabah dan terus berusaha.Moga-moga kita, umat Islam di Malaysia, sentiasa dapat saling bantu membantu satu sama lain demi memajukan ummah.. amin.

Friday, July 16, 2010

Kompleks Darul Hidayah...




Hari Rabu lepas 14 July 2010, bertempat di Kg. Sg. Mati Lepai, Langgar, Kedah, berlangsung majlis meletak batu asas pembinaan Kompleks Darul Hidayah. Kompleks ini mengandungi komponen pembangunan masjid, asrama pelajar, dewan, rumah warga emas. kompleks ini di jangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2011 ini.

Sempena dengan majlis tersebut, sekim jualan tanah untuk diwakafkan juga turut dilancarkan. Tanah di jual dengan harga RM30.00 bagi setiap kaki persegi. Orang ramai boleh membeli dari unit sekecil RM 30.00 sekaki persegi untuk diwakafkan bagi maksud pembinaan kompleks ini. Kepada yang berminat boleh terus menghubungi Ustaz Johari di talian 013-0134887559.

Kepada kawan-kawan di smping melabur dalam bidang hartanah, boleh juga melabur dengan mewakafkan tanah sebagai pelaburan kemudian hari nanti. InsyaAllah diberkati Allah swt.

Sunday, July 11, 2010

mewakafkan tanah sekecil satu kaki persegi...

Pagi tadi sempat melawat ke tapak pondok yang akan dibangunkan oleh seoarang kenalan lama yang sedang bergerak cergas dalam kegiatan dakwah disekitar Alor Star dan Langgar Kedah. Beliau sudah lama bercita-cita untuk mendirikan pondok berkenaan. Alhamdulillah, berkat doa, sokongan kawan-kawan, derma iklas orang ramai, akhirnya, impian dan cita-cita rakan saya ini mendapat hidayah dari Allah swt.

Pelancaran perletakan batu asas tapak berkenaan akan diadakan pada 14 July 2010 ini. Keseluruhan cadangan pembinaan akan meliputi bangunan asrama, dewan, masjid, pondok untuk orang tua, rumah tok guru dan tenaga pengajar dll. Keseluruhan kawasan ini akan dikenali sebagai Kompleks pusat pengajian ilmu-ilmu Ugama Islam, Kg. Sungai Mati, Mukim Lepai, Jalan Langgar, Kedah.

Konsep pembinaan dan perlaksanaan projek ini ialah dengan hasil wakaf dan derma dari orang ramai. Saya dimaklumkan orangramai boleh mewakafkan tanah dengan membeli tanah dari sekecil satu (1) kaki persegi sehingga beberapa ribu kaki persegi mengikut kemampuan sendiri.Setiap kaki persegi tanah yang hendak diwakafkan itu dijual dengan harga RM30.oo sekaki persegi.Penjualan tanah dan wakaf berkenaan akan dimulakan mulai 14 Julai ini.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk membeli tanah dan mewakafkanya untuk maksud pembinaan pondok berkenaan bolehlah terus menghubungi Tok Guru Pondok berkenaan dengan menghubungi Ustaz Johari @ 013-4887559 bagi mendapat keterangan lanjut. Saya sedia membantu kiranya ada di antara kawan-kawan berminat untuk melawat atau pun berjumpa dengan Ustaz Johari bagi melaksanakan wakaf masing-masing. Selamat menjalankan amal jariah dan pelaburan anda sekelian.