Monday, November 15, 2010

Surau Kompleks Darul hidayah.....




Pembinaan surau kompleks Darul Hidayah di Sungai mati, Langgar telah hampir siap sepenuhnya. Semua kerja-kerja utama telah pun siap kecuali kerja pemasangan siling masih lagi belum siap sepenuhnya. Hari ini kerja-kerja pemasangan jubin di bahagian bawah surau telah siap sepenuhnya. Di jangka surau ini dapat digunakan akhir bulan ini. Kerja-kerja pemasangan lampu sedang giat dilaksanakan. Adalah di jangkakan juga pihak kompleks Darul Hidayah akan mengadakan majlis Korban pada hari kedua hari Raya Korban akan datang.

Sementara itu pembinaan bangunan asrama penuntut laki-laki sedang dibangunkan dengan pesat. Lantai tingkat pertama bangunan tersebut telah siap disempurnakan. Kerja-kerja pemasangan tetulang bumbung di jangka akan bermula akhir bulan ini.jika tiada apa-apa halngan adalah di jangka bangunan ini akan dapat disiapkan pada bulan Mac tahun depan

Memandangkan surau yang hampir siap tersebut akan digunakan dalam masa terdekat ini maka kerja-kerja pembinaan bilik air masjid akan dipercepatkan. Ini untuk membolehkan para penuntut menggunakan bilik air semasa surau yang ada ini digunakan sepenuhnya. Masjid kompleks Drul Hidayah akan dilaksanakan selepas pembinaan bangunan asrama pelajar perempuan dan wargamas siap nanti.

Kepada yang masih belum mengambil bahagian untuk mewakafkan tanah bagi maksud pembinaan kompleks ini bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Ustaz Johari 012-5686025.