Thursday, December 31, 2009

Tahun 2010

Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan di alam cyber. Tahun 2009, telah pergi untuk selamanya. Memang kata orang 'masa'sifatnya tidak akan dapat di ganti. Jika tidak digunakan dengan sebaiknya kita juga yang rugi..Sudah tentu banyak masa yang terbuang pada tahun 2009. Tidak guna kita menyesali perkara yang telah berlalu...

Yang penting, hari ini permulaan tahun baru, tahun 2010. Banyak azam dan resolusi baru yang telah di buat. Saya doakan kawan-kawan semua akan terus berjaya dalam bidang pelaburan bagi tahun ini.Bagi saya tahun ini KPI baru yang ditetapkan sedikit sahaja dalam bidang pelaburan hartanah tetapi lebih banyak ditumpukan kepada soal sahsiah diri ...

-Menunaikan haji - usaha keras mendapatkan giliran/kebenaran TH
-Apartment@rumah - jumlah yang sama dengan tahun 2009
-Aktifkan akaun cds @saham bursa - suku tahun pertama
-Overdraft Sijil ASB - suku tahun pertama
-Selesai baki hutang rumah lama - tidak lewat dari oktobber
-Kerja kebajikan/sedekah - peruntukan bulanan
-Jogging - minimum tiga kali seminggu

Doa dan harapan dapat dilaksanakan sepanjang tahun ini. InsyaAllah

Saturday, December 26, 2009

pelaburan untuk anak..

minggu ini bzzz dengan kerja, macam-macam nak diselesaikan. Sempat juga lari ke IDP menguruskan pembayaran yuran anak untuk belajar ke Tasmania. Kerja yang di buat amat efisiyen, sekejap sahaja. Tidak sampai seminggu, dapat COE untuk buat visa. Itu pun sekejap saja. Cuma ambil masa sikit untuk siapkan pemeriksaan doktor. Harap minggu ni semuanya selesai..

Pelajaran anak-anak juga satu bentuk pelaburan yang penting. Tahun depan bertambahlah perbelanjaaan bulanan untuk menampung kos sara hidup anak di luar negara. Nampaknya terpaksa kurangkan sedikit aktiviti pelaburan di sini. Selaku ibubapa kita terpaksa mengorbankan banyak perkara demi masa depan anak-anak.

Semalam, sempat jadi wakil tuan rumah bagi menyambut rombongan peminangan anak perempuan kawan lama di Bukit Cheras. Gurba juga mulanya, tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Cepatnya budak-budak membesar, bersekolah, bekerja dan bertunang dan
berkahwin. Terasa benar kita semakin tua...

Tahun depan, 2010, sekejap lagi akan datang. Bertambah lagi umur kita. Nampaknya kena buat KPI baru kususnya yang berkaitan dengan pembelian hartanah..Moga-moga semua rakan-rakan di luar sana akan terus melabur dan terus berjaya. InsyaAllah.

Sunday, December 13, 2009

Langsir segera....

Hari ini, balik dari Cerating, kami sekeluarga ke Nilai 3. Ini adalah kali pertama saya ke sana. Mem dah malas/tak ada masa nak jahit langsir untuk rumah yang akan di sewa mulai Januari ini. Rumah di Nilai dan Cyberjaya tu dah ada penyewanya. Jadi kenalah beli langsir saperti yang dipersetujui..

Pendekkan cerita sampai saja terus pilih kain dan minta mereka siapkan jahitannya sekali. Lebihkurang satu jam empat puloh minit siaplah langsir untuk dua buah apartment kami.. Mudah tak payah dok berjegang mata, kata mem..

Nilai 3, satu contoh bagaimana dengan sedikit ktreativiti pihak pengusaha dapat menukar bencana menjadi peluang dan hasil. Apa tidaknya kedai-kedai yang tidak laku ini bertukar wajah menjadi satu kawasan perniagaan yang menarik..Tapi yang sedihnya mana dia kaum bumiputra ? Dari pengusaha sampai kepada pekerja hampir semua dari luar negara saperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan peniaganya dari Pakistan, India, Indonesia dll.

Beli apartment dan sewa pun terpaksa kepada pelajar dan expat luar negara. Itu pun mereka ini dari Indon, India dan Bangla yang ramai menghuni dan belajar di Cyberjaya....