Sunday, March 28, 2010

Penthouse dan Townvilla selamat di sewa....

Minggu ini, semua kerja ubahsuai dan kerja memasuki perabut kedua unit penthouse dan townvilla di Cyberjaya, selesai sepenuhnya. Rumah di dapati masa lelongan akhir bulan Oktober tahun lalu. Townvilla dah dikosongkan oleh budak Indonesia dengan baik tapi tinggal baki bil air hampir RM700. Penthouse ditinggalkan oleh budak Iran dengan bil air RM 600 dan sedikit kemusnahan, terpaksa membuat semula kitchen kabinet dan membetulkan semua bilik air dengan pemanas dan shower yang baru. Kadang-kadang memang tidak berbaloi cuba berbuat baik dengan budak-budak yang tak reti bahasa begini.

Bagaimanapun mulai April ini kedua-dua unit ini telah selamat disewakan. Hingga kini masih lagi tidak dapat menambah unit yang sesuai di kawasan yang sama. Suku tahun pertama telah hampir selesai minggu ini. Nampaknya terpaksa bersabar menunggu saat yang sesuai bagi membuat pelaburan seterusnya.

Saturday, March 6, 2010

Hartanah di Melbourne dan Tasmania





Perancangan bandar yang teliti dan pemeliharaan alam sekitar merupakan kunci kepada nilai hartanah di Australia. Melbourne walaupun agak kecil saiz bandarnya tetapi mempunyai taman-taman di sekitar bandaraya, sungai yang di jaga rapi dan pemulihan kawasan pelabuhan menjadikan bandaraya ini satu daya tarikan dari segi pelaburan hartanah. Di samping kawasan bandar yang bersih dan teratur, Melbourne juga mempunyai sistem pengangkutan tram yang efisen dan tidak mempunyai masaalah pencemaran udara. Sekitar Melbourne banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati.

Suatu yang unik di Melbourne ialah rekabentuk bangunan-bangunannya direka dengan nilai estatik dan sangat mementingkan nilai seninya. Banyak bangunan di sekitar Melbourne mempunyai karekternya tersendiri dan amat jarang kita melihat bangunan yang sama ataupun hampir sama. Barangkali ini juga merupakan faktor mengapa nilai hartanah di sini amat tinggi..

Manakala Tasmania yang saiznya hampir sama dengan Malaysia hanya mempunyai penduduk lebihkurang 500,000 orang. Pulau ini yang mempunyai cuaca yang baik, kaya dengan pelbagai tempat menarik saperti pantai dan laut yang bersih, sungai yang panjang dan luas, pergunungan yang menarik serta kawasan ladang yang sesuai di lawati, bandar-bandar kecil di pinggir sungai dan pantai yang bersih, tinggalan sejarah yang banyak dll..Sumber-sumber alam yang kaya itu di jaga dengan budaya dan undang-undang yang ketat dan ini memberi nilai dan impak kualiti hidup yang tinggi kepada penduduk Tasmania..

Sepuloh hari semasa berada di sana bagaikan tidak mencukupi untuk melihat keseluruhan tempat-tempat menarik di kedua-dua tempat. Tasmania mempunyai masa depan yang cukup baik dari segi industri pelancungan. terlalu banyak tempat untuk di lawati dalam masa yang singkat.

Balik ke Cyberjaya hari ini saya melihat kemusnahan hutan dan pokok-pokok dari tingkap apartment.. itulah satu-satunya kawasan yang belum ditarah dan nampaknya pokok-pokok ini akan hapus dalam sehari dua lagi..Dengan demikian alam sekitar di Cyberjaya akan terus bertambah panas......Yang anehnya kita hanya baru mendengar pihak Cyberview akan memperkenalkan teknologi hijau dalam rekaan bangunan mereka di Cyberjaya.. Kita masih hidup di dunia ketiga.!