Saturday, August 7, 2010

Pelaburan di Selatan Thailand




Minggu lepas sempat menyertai pameran anjuran IMGT di Saiburi Thailand. Sepanjang perjalanan ke sana agak merisaukan juga kerana sepanjang perjalanan kami terpaksa melalui banyak sekatan jalanraya.. Menetri Dalam Negeri Thailand, Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand dan YB Dr. Masitah, Timbalan Menteri di JPM, Malaysia turut hadir di majlis berkenaan.Ramai pengusaha barangan halal dari Malaysia turut serta di pameran tersebut.

Kami sempat meninjau dan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dari Thailand khususnya dalam bidang latihan dan pendidikan kepada masyarakat islam di selatan Thailand. Saya amat tertari dengan kesungguhan orang-orang islam memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Walau pun dalam serba kekurangan, sekolah swasta di sana mempunyai pelajar di antara 3,000 hingga melebihi 4,000 orang.Di Sekolah Darunsit Witya di Saiburi terdapat 4,300 orang murid.

Hebat, saya kagum dengan pengusaha sekolah swasta di Thailand khususnya masyarakat Islam di sana. Kami juga sempat berbincang dengan lembaga pengarah koperasi Islam yang baru sahaja membeli hospital 7tingkat di bandar Yala, Thailand. Walaupun mereka menerima pelbagai tekanan dan halangan tetapi mereka amat tabah dan terus berusaha.Moga-moga kita, umat Islam di Malaysia, sentiasa dapat saling bantu membantu satu sama lain demi memajukan ummah.. amin.

No comments:

Post a Comment