Monday, October 12, 2009

Melabur dan Duit Raya.......

Pagi ini sempat singgah di pejabat peguam bagi menjelaskan baki bayaran bagi unit-unit di Nilai dan Bangi yang dimenangi masa lelongan bulan September tempoh hari. Yang cantiknya lepas membayar unit ini,Siti staf Junny menyerahkan cek RM 5k sebagai bayaran balik cukai dan bayaran pengurusan unit Cyberia yan aku beli sebelum ini. Rezeki lepas raya, macam dapat duit raya lak....

Unit di Bangi ni merupakan flat kos rendah dan memang tak bercadang untuk mengambil pinjaman. Hingga kini aku masih belum dapat memasukkan air kerana urusan pertukaran nama belum diselesaikan lagi. Leceh betul pihak berkuasa air di Selangor ini. Setakat kontrak lelong dan resit bayaran masih belum cukup! Kita nak bayar deposit wang pun mereka tak hendak, memang bodoh..

Manakala unit di Nilai hanya apartmen kos sederhana dan telah pun aku sewa sejak dua bulan lepas. Budak-budak Sri Lanka memang sempoi, aku nak bagi kipas angin pun mereka tak mahu. Cuma mereka hendak aku kenakan sewa kadar lama. OK la aku bagi mereka sampai Disember ini kadar lama dan Januari ini aku akan naikkan sedikit. Rumah di sini tak ada masaalah untuk di sewa kerana pelajar INTI cukup ramai. Memandangkan tarikh akhir untuk penjelasan baki bayaran pada 24 oktober ini jadi terpaksalah aku dulukan bayaran sementara menunggu pinjaman lulus.. Yang salahnya aku juga, baru ini baru nak memohon pinjaman..siaaapa suroh lambat-lambat ha baru padan muka..nasib baik rumah dah ada penyewa..

Minggu lepas pinjaman untuk unit Cyberia Crecent oleh isteri aku telah pun diselesaikan. Semua dokumen pinjaman telah ditandatangani di pejabat peguam bank. Insyaalah, bulan ini bolehlah di sewa..Ada beberapa perabut lagi perlu di isi...

Bulan Oktober nampaknya bolehlah kembali cergas. Sepanjang bulan puasa tempoh hari malas sikit nak ambil tahu pasai lelongan. Nak masuk KL pun naik semak, jam tak habis-habis. bulan ini rasa lega sikit. Ada beberapa unit condo di disekitar Cyberjaya yang mungkin sesuai untuk di bida..

1 comment: