Sunday, July 5, 2009

Koperasi Hartanah Selangor Berhad...



(gambar dari Mr Dodi)
Semalam, selepas lelongan di Equatorial, sempat bawa anak membeli sedikit barang-barang keperluan beliau. Petang sempat hadir mesyuarat penubuhan koperasi di atas di balairaya Kg. Sungai Ramal, Kajang.Sebenarnya aku tak pernah melalui kawasan Sg Ramal dan semalam adalah kali pertama aku ke sana.Selepas lelong tersebut sempat minum dan sembang dengan Faris 'One Solution'. Faris kata Ok, ahli baru masih lagi di terima. Walaupun aku tak mengenali sesiapa di situ aku pergi ja, moga dapat network dengan diaorang...

Sebelum ini hanya mengenali mereka ini melalui blog-blog sifu, faris, juruukur dll. sayang tak sempat minum selepas mesyuarat kerana terpaksa ke KLIA. Mungkin lain kali dapat TT dengan kawan-kawan baru ni!Pada aku rangkaian kumpulan ini agak unik dan amat perlu di buat sahabat..

Cadangan dan kegiatan kumpulan ini patut di beri sokongan. Agaknya dari banyak-banyak nama peserta dan ahli yang hadir, aku mungkin antara yang veteran yang dalam kumpulan tersebut. Mereka ini di dapati mempunyai motivasi dan mempunyai perancangan yang baik kususnya darisegi ekonomi dan keawangan.. aku doakan moga usaha mereka akan terus meningkat dan berjaya...

2 comments:

  1. assalamulaikum abang, maaf tak sempat berkenalan lepas abis mesyuarat. Mungkin di lain kesempatan dapat berbual dan kongsi ilmu dari orang berpengalaman macam abang :)

    --dodi

    ReplyDelete
  2. Ye betul.. banyak pengalaman dan network abang Mail ni.. heheh..

    ReplyDelete