Saturday, October 2, 2010

Kemajuan Pembinaan Kompleks Darul Hidayah




Darul Hidayah awal Oktober 2010... Kemajuan pembinaan bangunan utama telah sampai keperingkat lantai tingkat pertama.Di jangka pembinaan lantai tingkat pertama ini akan siap sepenuhnya akhir bulan Oktober ini. Difahamkan bangunan ini akan dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir bulan Mac 2011 nanti. Sementara itu, surau yang diwakafkan juga telah hampir siap pemasangan bumbung dan di jangka akan siap sepenuhnya pertengahan bulan November ini.

Peringkat berikutnya ialah pembinaan rumah guru. Kerja-kerja tanah telah pun disiapkan dan kerja pembinaan rumah akan dijalankan sebaik sahaja kerja pembinaan surau siap dilaksanakan.

Sementara itu usaha penjualan tanah wakaf masih lagi diteruskan. Kepada sahabat-sahabat yang ingin membeli dan mewakafkan tanah bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Ustaz Johari telefon 012-5686025

Tuesday, August 31, 2010

34 hari Kompleks Darul Hidayah





Sejak majlis perletakan batu asas dan pelancaran penjualan tanah wakaf bagi pembinaan kompleks Darul Hidayah tempoh hari, progres pembinaan jelas saperti di dalam gambar di atas. Hingga kini pembinaan struktur bangunan asrama, kelas dan dewan terus maju dengan peringkat membuat lantai konkrit di tingkat kedua. Fasa kedua untuk pembinaan masjid di jangka akan dimulakan tidak lama lagi. Sementara itu pembinaan surau yang diwakafkan juga telah bermula dan di jangka siap tidak lama lagi.

Sementara itu tapak pembinaan pondok ini tidak putus-putus di lawati oleh pelbagai lapisan masyarakat yang ingin memberikan sumbangan dan sokongan moral, ide, keawangan dan buah fikiran. Hujun minggu lepas Yang Berbahgia Prof. Emiritus Dr. Abdul Halim Othman bekas TNC UKM dan Prof Dr. Jamil Othman, Rektor Universiti kolej Insaniah turut melapangkan waktu mendengar penjelasan ustaz Johari serta meninjau kawasan tapak pembinaan

Alhamdulillah, penjualan tanah wakaf juga berjalan dengan baik. Kepada rakan-rakan yang masih belum melaksanakan wakaf untuk diri sendiri atau kepada ibu-bapa yang telah meninggal, boleh berbuat demikian dengan menghubungi ustaz Johari di talian 013-4887559. Masih belum terlewat bagi anda membuat pelaburan ini....

Saturday, August 7, 2010

Pelaburan di Selatan Thailand




Minggu lepas sempat menyertai pameran anjuran IMGT di Saiburi Thailand. Sepanjang perjalanan ke sana agak merisaukan juga kerana sepanjang perjalanan kami terpaksa melalui banyak sekatan jalanraya.. Menetri Dalam Negeri Thailand, Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand dan YB Dr. Masitah, Timbalan Menteri di JPM, Malaysia turut hadir di majlis berkenaan.Ramai pengusaha barangan halal dari Malaysia turut serta di pameran tersebut.

Kami sempat meninjau dan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dari Thailand khususnya dalam bidang latihan dan pendidikan kepada masyarakat islam di selatan Thailand. Saya amat tertari dengan kesungguhan orang-orang islam memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Walau pun dalam serba kekurangan, sekolah swasta di sana mempunyai pelajar di antara 3,000 hingga melebihi 4,000 orang.Di Sekolah Darunsit Witya di Saiburi terdapat 4,300 orang murid.

Hebat, saya kagum dengan pengusaha sekolah swasta di Thailand khususnya masyarakat Islam di sana. Kami juga sempat berbincang dengan lembaga pengarah koperasi Islam yang baru sahaja membeli hospital 7tingkat di bandar Yala, Thailand. Walaupun mereka menerima pelbagai tekanan dan halangan tetapi mereka amat tabah dan terus berusaha.Moga-moga kita, umat Islam di Malaysia, sentiasa dapat saling bantu membantu satu sama lain demi memajukan ummah.. amin.

Friday, July 16, 2010

Kompleks Darul Hidayah...




Hari Rabu lepas 14 July 2010, bertempat di Kg. Sg. Mati Lepai, Langgar, Kedah, berlangsung majlis meletak batu asas pembinaan Kompleks Darul Hidayah. Kompleks ini mengandungi komponen pembangunan masjid, asrama pelajar, dewan, rumah warga emas. kompleks ini di jangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2011 ini.

Sempena dengan majlis tersebut, sekim jualan tanah untuk diwakafkan juga turut dilancarkan. Tanah di jual dengan harga RM30.00 bagi setiap kaki persegi. Orang ramai boleh membeli dari unit sekecil RM 30.00 sekaki persegi untuk diwakafkan bagi maksud pembinaan kompleks ini. Kepada yang berminat boleh terus menghubungi Ustaz Johari di talian 013-0134887559.

Kepada kawan-kawan di smping melabur dalam bidang hartanah, boleh juga melabur dengan mewakafkan tanah sebagai pelaburan kemudian hari nanti. InsyaAllah diberkati Allah swt.

Sunday, July 11, 2010

mewakafkan tanah sekecil satu kaki persegi...

Pagi tadi sempat melawat ke tapak pondok yang akan dibangunkan oleh seoarang kenalan lama yang sedang bergerak cergas dalam kegiatan dakwah disekitar Alor Star dan Langgar Kedah. Beliau sudah lama bercita-cita untuk mendirikan pondok berkenaan. Alhamdulillah, berkat doa, sokongan kawan-kawan, derma iklas orang ramai, akhirnya, impian dan cita-cita rakan saya ini mendapat hidayah dari Allah swt.

Pelancaran perletakan batu asas tapak berkenaan akan diadakan pada 14 July 2010 ini. Keseluruhan cadangan pembinaan akan meliputi bangunan asrama, dewan, masjid, pondok untuk orang tua, rumah tok guru dan tenaga pengajar dll. Keseluruhan kawasan ini akan dikenali sebagai Kompleks pusat pengajian ilmu-ilmu Ugama Islam, Kg. Sungai Mati, Mukim Lepai, Jalan Langgar, Kedah.

Konsep pembinaan dan perlaksanaan projek ini ialah dengan hasil wakaf dan derma dari orang ramai. Saya dimaklumkan orangramai boleh mewakafkan tanah dengan membeli tanah dari sekecil satu (1) kaki persegi sehingga beberapa ribu kaki persegi mengikut kemampuan sendiri.Setiap kaki persegi tanah yang hendak diwakafkan itu dijual dengan harga RM30.oo sekaki persegi.Penjualan tanah dan wakaf berkenaan akan dimulakan mulai 14 Julai ini.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk membeli tanah dan mewakafkanya untuk maksud pembinaan pondok berkenaan bolehlah terus menghubungi Tok Guru Pondok berkenaan dengan menghubungi Ustaz Johari @ 013-4887559 bagi mendapat keterangan lanjut. Saya sedia membantu kiranya ada di antara kawan-kawan berminat untuk melawat atau pun berjumpa dengan Ustaz Johari bagi melaksanakan wakaf masing-masing. Selamat menjalankan amal jariah dan pelaburan anda sekelian.

Tuesday, June 29, 2010

dua terlepas, lima masih ada peluang...

Awal tahun ada tujuh pelan yang ingin dicapai.. Hari ini hampir enam bulan telah berlalu, hanya tinggal enam bulan lagi untuk di capai lima lagi target yang ditetapkan..

1. Menunaikan haji dah terlepas, walaupun berusaha kuat tapi tak juga berjaya. Mungkin belum ada rezeki, InsyAllah tahun depan boleh cuba lagi....

2. OD ASB mengikut kata kawan-kawan dah tak dibenarkan oleh pihak PNB.. Sebenarnya saya dah menukarkan simpanan ASB ke sijil dua bulan lepas, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan kerja dan kerja bertangguh untuk ke bank sampai hari ini tak diselesaikan.... maka jadilah saperti kata orang lama, kerja bertangguh tak menjadi.

Nampaknya setengah tahun sahaja lagi masa yang tinggal,terpaksa kena buat kajian separuh penggal, supaya target yang berbaki dapat di capai..Hingga kini target untuk rumah pun tak boleh dicapai lagi, tidak ada yang sesuai di hati, harap-harap sehingga hujung tahun ianya akan dapat di capai. sasaran yang lain insyaAllah mungkin dapat di capai..Saya doakan kawan-kawan yang lain lebih bernasib baik dan terus maju dalam pelan pelaburan tahun ini..

Thursday, June 10, 2010

Asrama di Cyberjaya??

Sebulan lepas saya sempat memberi taklimat ringkas kepada MD Unilodge Australia, yang menjadi tamu Kumpulan EMKAY tentang profil pelajar-pelajar di Cyberjaya termasuklah unjuran pelajar di pelbagai universiti di Cyberjaya secara kasar. Semalam berkesempatan mendengar cadangan pembinaan asrama dari kumpulan dalam negeri juga bercadang untuk membuat asrama di Cyberjaya. Mereka sudah di peringkat mereka bentuk bangunan.. Saya juga memberi mereka ini sedikit gambaran tentang keseluruhan keperluan perumahan pelajar di Cyberjaya..Sehingga kini yang saya tahu terdapat tiga syarikat sedang dalam perancangan teliti untuk membina asrama di Cyberjaya.

Dalam hati kecil terfikir juga apa akan jadi kepada pelaburan rumah di Cyberjaya yang saya dan kawan-kawan sedang buat pelaburan? Apakah semua pelajar-pelajar ini akan berpindah ke asrama yang bakal di bina nanti? Siapa pula nak menyewa rumah di Cyberjaya nanti?

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk melabur di Cyberjaya, saya fikir tidak perlu risau. Saya berpendapat pasaran yang sedia ada dan pertambahan penduduk serta aktiviti baru yang sedang berkembang, cukup untuk menampung pertambahan dalam bekalan rumah/asrama. Harap saya tidak syok sendiri dengan gambaran tersebut.. Selamat membeli rumah di Cyberjaya!