Tuesday, June 29, 2010

dua terlepas, lima masih ada peluang...

Awal tahun ada tujuh pelan yang ingin dicapai.. Hari ini hampir enam bulan telah berlalu, hanya tinggal enam bulan lagi untuk di capai lima lagi target yang ditetapkan..

1. Menunaikan haji dah terlepas, walaupun berusaha kuat tapi tak juga berjaya. Mungkin belum ada rezeki, InsyAllah tahun depan boleh cuba lagi....

2. OD ASB mengikut kata kawan-kawan dah tak dibenarkan oleh pihak PNB.. Sebenarnya saya dah menukarkan simpanan ASB ke sijil dua bulan lepas, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan kerja dan kerja bertangguh untuk ke bank sampai hari ini tak diselesaikan.... maka jadilah saperti kata orang lama, kerja bertangguh tak menjadi.

Nampaknya setengah tahun sahaja lagi masa yang tinggal,terpaksa kena buat kajian separuh penggal, supaya target yang berbaki dapat di capai..Hingga kini target untuk rumah pun tak boleh dicapai lagi, tidak ada yang sesuai di hati, harap-harap sehingga hujung tahun ianya akan dapat di capai. sasaran yang lain insyaAllah mungkin dapat di capai..Saya doakan kawan-kawan yang lain lebih bernasib baik dan terus maju dalam pelan pelaburan tahun ini..

Thursday, June 10, 2010

Asrama di Cyberjaya??

Sebulan lepas saya sempat memberi taklimat ringkas kepada MD Unilodge Australia, yang menjadi tamu Kumpulan EMKAY tentang profil pelajar-pelajar di Cyberjaya termasuklah unjuran pelajar di pelbagai universiti di Cyberjaya secara kasar. Semalam berkesempatan mendengar cadangan pembinaan asrama dari kumpulan dalam negeri juga bercadang untuk membuat asrama di Cyberjaya. Mereka sudah di peringkat mereka bentuk bangunan.. Saya juga memberi mereka ini sedikit gambaran tentang keseluruhan keperluan perumahan pelajar di Cyberjaya..Sehingga kini yang saya tahu terdapat tiga syarikat sedang dalam perancangan teliti untuk membina asrama di Cyberjaya.

Dalam hati kecil terfikir juga apa akan jadi kepada pelaburan rumah di Cyberjaya yang saya dan kawan-kawan sedang buat pelaburan? Apakah semua pelajar-pelajar ini akan berpindah ke asrama yang bakal di bina nanti? Siapa pula nak menyewa rumah di Cyberjaya nanti?

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk melabur di Cyberjaya, saya fikir tidak perlu risau. Saya berpendapat pasaran yang sedia ada dan pertambahan penduduk serta aktiviti baru yang sedang berkembang, cukup untuk menampung pertambahan dalam bekalan rumah/asrama. Harap saya tidak syok sendiri dengan gambaran tersebut.. Selamat membeli rumah di Cyberjaya!

Wednesday, May 19, 2010

'Unilodge Australia' di Cyberjaya ?

Dah berbulan selepas pihak bank meluluskan pinjaman dan dah berkali-kali pihak peguam memanggil untuk menandatangani dokumen pinjaman The Domain2, Neo-Cyber, baru hari ini ada kesempatan menyelesaikannya. Alhamdulillah! Hari Isnin sempat singgah di Menara Bata untuk mengambil SPA dari pejabat peguam pemaju. Hari ini sempat meninggalkan pejabat sekejap bagi menyempurnakan dokumen pinjaman juga di pejabat peguam yang berasingan..

Suku tahun telah berlalu, tak banyak progress yang berlaku. terlalu banyak kerja untuk diselesaikan dan terpaksa mengenepikan sedikit soal pelaburan. Moga disiplin bekerja dan usaha sendiri dapat diteguhkan lagi...

Banyak apartment baru sedang di bina di kawasan sekitar Cyberjaya.Pada masa yang sama setiap bulan ada saja bangunan dan pembinaan baru di Cyberjaya. Minggu lepas saya berpeluang menerima lawatan Pengarah Urusan 'Unilodge' dari Australia yang melawat Cyberjaya, bagi meninjau peluang perniagaan di Cyberjaya. Dari perbincangan tersebut, nampaknya kemungkinan besar pihak 'Unilodge Australia' akan bertapak di Malaysia dan Cyberjaya akan menjadi medan pertama pelaburan mereka di Malaysia.Hampir empat puloh minit beliau asyik bertanya soal profail pelajar dan pelajar antarabangsa di Cyberjaya..

Mula terfikir juga kemungkinan persaingan dari gergasi dari Australia ini. Setelah diperhalusi saya dapati mereka mempunyai sasaran pasaran yang berlainan.. Boleh lagi kawan-kawan untuk menjadi landlord di Cyberjaya ni!...

Sunday, March 28, 2010

Penthouse dan Townvilla selamat di sewa....

Minggu ini, semua kerja ubahsuai dan kerja memasuki perabut kedua unit penthouse dan townvilla di Cyberjaya, selesai sepenuhnya. Rumah di dapati masa lelongan akhir bulan Oktober tahun lalu. Townvilla dah dikosongkan oleh budak Indonesia dengan baik tapi tinggal baki bil air hampir RM700. Penthouse ditinggalkan oleh budak Iran dengan bil air RM 600 dan sedikit kemusnahan, terpaksa membuat semula kitchen kabinet dan membetulkan semua bilik air dengan pemanas dan shower yang baru. Kadang-kadang memang tidak berbaloi cuba berbuat baik dengan budak-budak yang tak reti bahasa begini.

Bagaimanapun mulai April ini kedua-dua unit ini telah selamat disewakan. Hingga kini masih lagi tidak dapat menambah unit yang sesuai di kawasan yang sama. Suku tahun pertama telah hampir selesai minggu ini. Nampaknya terpaksa bersabar menunggu saat yang sesuai bagi membuat pelaburan seterusnya.

Saturday, March 6, 2010

Hartanah di Melbourne dan Tasmania





Perancangan bandar yang teliti dan pemeliharaan alam sekitar merupakan kunci kepada nilai hartanah di Australia. Melbourne walaupun agak kecil saiz bandarnya tetapi mempunyai taman-taman di sekitar bandaraya, sungai yang di jaga rapi dan pemulihan kawasan pelabuhan menjadikan bandaraya ini satu daya tarikan dari segi pelaburan hartanah. Di samping kawasan bandar yang bersih dan teratur, Melbourne juga mempunyai sistem pengangkutan tram yang efisen dan tidak mempunyai masaalah pencemaran udara. Sekitar Melbourne banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati.

Suatu yang unik di Melbourne ialah rekabentuk bangunan-bangunannya direka dengan nilai estatik dan sangat mementingkan nilai seninya. Banyak bangunan di sekitar Melbourne mempunyai karekternya tersendiri dan amat jarang kita melihat bangunan yang sama ataupun hampir sama. Barangkali ini juga merupakan faktor mengapa nilai hartanah di sini amat tinggi..

Manakala Tasmania yang saiznya hampir sama dengan Malaysia hanya mempunyai penduduk lebihkurang 500,000 orang. Pulau ini yang mempunyai cuaca yang baik, kaya dengan pelbagai tempat menarik saperti pantai dan laut yang bersih, sungai yang panjang dan luas, pergunungan yang menarik serta kawasan ladang yang sesuai di lawati, bandar-bandar kecil di pinggir sungai dan pantai yang bersih, tinggalan sejarah yang banyak dll..Sumber-sumber alam yang kaya itu di jaga dengan budaya dan undang-undang yang ketat dan ini memberi nilai dan impak kualiti hidup yang tinggi kepada penduduk Tasmania..

Sepuloh hari semasa berada di sana bagaikan tidak mencukupi untuk melihat keseluruhan tempat-tempat menarik di kedua-dua tempat. Tasmania mempunyai masa depan yang cukup baik dari segi industri pelancungan. terlalu banyak tempat untuk di lawati dalam masa yang singkat.

Balik ke Cyberjaya hari ini saya melihat kemusnahan hutan dan pokok-pokok dari tingkap apartment.. itulah satu-satunya kawasan yang belum ditarah dan nampaknya pokok-pokok ini akan hapus dalam sehari dua lagi..Dengan demikian alam sekitar di Cyberjaya akan terus bertambah panas......Yang anehnya kita hanya baru mendengar pihak Cyberview akan memperkenalkan teknologi hijau dalam rekaan bangunan mereka di Cyberjaya.. Kita masih hidup di dunia ketiga.!

Saturday, February 13, 2010




India, negara yang mempuyai pelbagai jenis kekayaan, penduduk yang melebehi 1.2 billion, bahasa dan budaya yang berbagai, tinggalan sejarah yang hebat,ekonomi yang berkembang pesat, pantai dan pergunungan yang indah... Bayangkan 10% penduduknya bertaraf billionaire @120 juta orang, jutawan 15% @180 juta orang dan 50% miskin @ 600 juta orang..... Hebat dan menggerunkan

Di satu pihak lagi, tedapat kemiskinan, pencemaran udara yang amat teruk, ragam dan perangai rakyat yang tidak menyenangkan kepada pelawat, hiruk pikok kota yang berdebu dan bising dan pelbagai lagi. Satu kejutan budaya kepada kita yang belum pernah ke sana... Mereka memerlukan 20 tahun lagi bagi mengubah budaya tersebut... itu pun belum tentu.

Hartanah, di kota besar bukannya murah. Bilik-bilik hotel amat mahal. Harga untuk membeli belah, lebih kurang sama dengan Malaysia. Cuma tekstil mungkin lebih elok dan murah berbanding harga di Malaysia.

Lapan hari berada di sana rasanya itu adalah kali pertama dan mungkin kali terakhir. Kalau hendak pun mungkin ke Kashmir tapi bukan lagi Chenai, New Delhi. Apa pun... Malaysia is still the best!

Thursday, December 31, 2009

Tahun 2010

Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan di alam cyber. Tahun 2009, telah pergi untuk selamanya. Memang kata orang 'masa'sifatnya tidak akan dapat di ganti. Jika tidak digunakan dengan sebaiknya kita juga yang rugi..Sudah tentu banyak masa yang terbuang pada tahun 2009. Tidak guna kita menyesali perkara yang telah berlalu...

Yang penting, hari ini permulaan tahun baru, tahun 2010. Banyak azam dan resolusi baru yang telah di buat. Saya doakan kawan-kawan semua akan terus berjaya dalam bidang pelaburan bagi tahun ini.Bagi saya tahun ini KPI baru yang ditetapkan sedikit sahaja dalam bidang pelaburan hartanah tetapi lebih banyak ditumpukan kepada soal sahsiah diri ...

-Menunaikan haji - usaha keras mendapatkan giliran/kebenaran TH
-Apartment@rumah - jumlah yang sama dengan tahun 2009
-Aktifkan akaun cds @saham bursa - suku tahun pertama
-Overdraft Sijil ASB - suku tahun pertama
-Selesai baki hutang rumah lama - tidak lewat dari oktobber
-Kerja kebajikan/sedekah - peruntukan bulanan
-Jogging - minimum tiga kali seminggu

Doa dan harapan dapat dilaksanakan sepanjang tahun ini. InsyaAllah