Sunday, March 28, 2010

Penthouse dan Townvilla selamat di sewa....

Minggu ini, semua kerja ubahsuai dan kerja memasuki perabut kedua unit penthouse dan townvilla di Cyberjaya, selesai sepenuhnya. Rumah di dapati masa lelongan akhir bulan Oktober tahun lalu. Townvilla dah dikosongkan oleh budak Indonesia dengan baik tapi tinggal baki bil air hampir RM700. Penthouse ditinggalkan oleh budak Iran dengan bil air RM 600 dan sedikit kemusnahan, terpaksa membuat semula kitchen kabinet dan membetulkan semua bilik air dengan pemanas dan shower yang baru. Kadang-kadang memang tidak berbaloi cuba berbuat baik dengan budak-budak yang tak reti bahasa begini.

Bagaimanapun mulai April ini kedua-dua unit ini telah selamat disewakan. Hingga kini masih lagi tidak dapat menambah unit yang sesuai di kawasan yang sama. Suku tahun pertama telah hampir selesai minggu ini. Nampaknya terpaksa bersabar menunggu saat yang sesuai bagi membuat pelaburan seterusnya.

Saturday, March 6, 2010

Hartanah di Melbourne dan Tasmania





Perancangan bandar yang teliti dan pemeliharaan alam sekitar merupakan kunci kepada nilai hartanah di Australia. Melbourne walaupun agak kecil saiz bandarnya tetapi mempunyai taman-taman di sekitar bandaraya, sungai yang di jaga rapi dan pemulihan kawasan pelabuhan menjadikan bandaraya ini satu daya tarikan dari segi pelaburan hartanah. Di samping kawasan bandar yang bersih dan teratur, Melbourne juga mempunyai sistem pengangkutan tram yang efisen dan tidak mempunyai masaalah pencemaran udara. Sekitar Melbourne banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati.

Suatu yang unik di Melbourne ialah rekabentuk bangunan-bangunannya direka dengan nilai estatik dan sangat mementingkan nilai seninya. Banyak bangunan di sekitar Melbourne mempunyai karekternya tersendiri dan amat jarang kita melihat bangunan yang sama ataupun hampir sama. Barangkali ini juga merupakan faktor mengapa nilai hartanah di sini amat tinggi..

Manakala Tasmania yang saiznya hampir sama dengan Malaysia hanya mempunyai penduduk lebihkurang 500,000 orang. Pulau ini yang mempunyai cuaca yang baik, kaya dengan pelbagai tempat menarik saperti pantai dan laut yang bersih, sungai yang panjang dan luas, pergunungan yang menarik serta kawasan ladang yang sesuai di lawati, bandar-bandar kecil di pinggir sungai dan pantai yang bersih, tinggalan sejarah yang banyak dll..Sumber-sumber alam yang kaya itu di jaga dengan budaya dan undang-undang yang ketat dan ini memberi nilai dan impak kualiti hidup yang tinggi kepada penduduk Tasmania..

Sepuloh hari semasa berada di sana bagaikan tidak mencukupi untuk melihat keseluruhan tempat-tempat menarik di kedua-dua tempat. Tasmania mempunyai masa depan yang cukup baik dari segi industri pelancungan. terlalu banyak tempat untuk di lawati dalam masa yang singkat.

Balik ke Cyberjaya hari ini saya melihat kemusnahan hutan dan pokok-pokok dari tingkap apartment.. itulah satu-satunya kawasan yang belum ditarah dan nampaknya pokok-pokok ini akan hapus dalam sehari dua lagi..Dengan demikian alam sekitar di Cyberjaya akan terus bertambah panas......Yang anehnya kita hanya baru mendengar pihak Cyberview akan memperkenalkan teknologi hijau dalam rekaan bangunan mereka di Cyberjaya.. Kita masih hidup di dunia ketiga.!

Saturday, February 13, 2010




India, negara yang mempuyai pelbagai jenis kekayaan, penduduk yang melebehi 1.2 billion, bahasa dan budaya yang berbagai, tinggalan sejarah yang hebat,ekonomi yang berkembang pesat, pantai dan pergunungan yang indah... Bayangkan 10% penduduknya bertaraf billionaire @120 juta orang, jutawan 15% @180 juta orang dan 50% miskin @ 600 juta orang..... Hebat dan menggerunkan

Di satu pihak lagi, tedapat kemiskinan, pencemaran udara yang amat teruk, ragam dan perangai rakyat yang tidak menyenangkan kepada pelawat, hiruk pikok kota yang berdebu dan bising dan pelbagai lagi. Satu kejutan budaya kepada kita yang belum pernah ke sana... Mereka memerlukan 20 tahun lagi bagi mengubah budaya tersebut... itu pun belum tentu.

Hartanah, di kota besar bukannya murah. Bilik-bilik hotel amat mahal. Harga untuk membeli belah, lebih kurang sama dengan Malaysia. Cuma tekstil mungkin lebih elok dan murah berbanding harga di Malaysia.

Lapan hari berada di sana rasanya itu adalah kali pertama dan mungkin kali terakhir. Kalau hendak pun mungkin ke Kashmir tapi bukan lagi Chenai, New Delhi. Apa pun... Malaysia is still the best!

Thursday, December 31, 2009

Tahun 2010

Selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan di alam cyber. Tahun 2009, telah pergi untuk selamanya. Memang kata orang 'masa'sifatnya tidak akan dapat di ganti. Jika tidak digunakan dengan sebaiknya kita juga yang rugi..Sudah tentu banyak masa yang terbuang pada tahun 2009. Tidak guna kita menyesali perkara yang telah berlalu...

Yang penting, hari ini permulaan tahun baru, tahun 2010. Banyak azam dan resolusi baru yang telah di buat. Saya doakan kawan-kawan semua akan terus berjaya dalam bidang pelaburan bagi tahun ini.Bagi saya tahun ini KPI baru yang ditetapkan sedikit sahaja dalam bidang pelaburan hartanah tetapi lebih banyak ditumpukan kepada soal sahsiah diri ...

-Menunaikan haji - usaha keras mendapatkan giliran/kebenaran TH
-Apartment@rumah - jumlah yang sama dengan tahun 2009
-Aktifkan akaun cds @saham bursa - suku tahun pertama
-Overdraft Sijil ASB - suku tahun pertama
-Selesai baki hutang rumah lama - tidak lewat dari oktobber
-Kerja kebajikan/sedekah - peruntukan bulanan
-Jogging - minimum tiga kali seminggu

Doa dan harapan dapat dilaksanakan sepanjang tahun ini. InsyaAllah

Saturday, December 26, 2009

pelaburan untuk anak..

minggu ini bzzz dengan kerja, macam-macam nak diselesaikan. Sempat juga lari ke IDP menguruskan pembayaran yuran anak untuk belajar ke Tasmania. Kerja yang di buat amat efisiyen, sekejap sahaja. Tidak sampai seminggu, dapat COE untuk buat visa. Itu pun sekejap saja. Cuma ambil masa sikit untuk siapkan pemeriksaan doktor. Harap minggu ni semuanya selesai..

Pelajaran anak-anak juga satu bentuk pelaburan yang penting. Tahun depan bertambahlah perbelanjaaan bulanan untuk menampung kos sara hidup anak di luar negara. Nampaknya terpaksa kurangkan sedikit aktiviti pelaburan di sini. Selaku ibubapa kita terpaksa mengorbankan banyak perkara demi masa depan anak-anak.

Semalam, sempat jadi wakil tuan rumah bagi menyambut rombongan peminangan anak perempuan kawan lama di Bukit Cheras. Gurba juga mulanya, tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Cepatnya budak-budak membesar, bersekolah, bekerja dan bertunang dan
berkahwin. Terasa benar kita semakin tua...

Tahun depan, 2010, sekejap lagi akan datang. Bertambah lagi umur kita. Nampaknya kena buat KPI baru kususnya yang berkaitan dengan pembelian hartanah..Moga-moga semua rakan-rakan di luar sana akan terus melabur dan terus berjaya. InsyaAllah.

Sunday, December 13, 2009

Langsir segera....

Hari ini, balik dari Cerating, kami sekeluarga ke Nilai 3. Ini adalah kali pertama saya ke sana. Mem dah malas/tak ada masa nak jahit langsir untuk rumah yang akan di sewa mulai Januari ini. Rumah di Nilai dan Cyberjaya tu dah ada penyewanya. Jadi kenalah beli langsir saperti yang dipersetujui..

Pendekkan cerita sampai saja terus pilih kain dan minta mereka siapkan jahitannya sekali. Lebihkurang satu jam empat puloh minit siaplah langsir untuk dua buah apartment kami.. Mudah tak payah dok berjegang mata, kata mem..

Nilai 3, satu contoh bagaimana dengan sedikit ktreativiti pihak pengusaha dapat menukar bencana menjadi peluang dan hasil. Apa tidaknya kedai-kedai yang tidak laku ini bertukar wajah menjadi satu kawasan perniagaan yang menarik..Tapi yang sedihnya mana dia kaum bumiputra ? Dari pengusaha sampai kepada pekerja hampir semua dari luar negara saperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan peniaganya dari Pakistan, India, Indonesia dll.

Beli apartment dan sewa pun terpaksa kepada pelajar dan expat luar negara. Itu pun mereka ini dari Indon, India dan Bangla yang ramai menghuni dan belajar di Cyberjaya....

Tuesday, November 10, 2009

Tsunami di rumah sewa...

Semalam sempat pergi tengok apartment di Desa Palma, Nilai. Apartment ini, semasa menang lelongan tempoh hari memang sedia ada penyewa/pelajar dari Sri Lanka. Memandangkan mereka merayu untuk terus tinggal sehingga bulan Disember, kita pun setujulah tanpa menaikkan sewa dan tanpa cagaran tambahan.
Awal minggu saya dapat sms mereka dah keluar dari rumah dan meninggalkan kunci di dalam peti surat.

Semalam baru sempat melawat. Alamak! rumah macam di landa tsunami, bertebaran segala macam benda ditinggalkan, kain baju, pinggan mangkok, almari rosak, basikal, komputer rosak, kasut dll. Huh letih nak menyuci rumah ni. Nampaknya nak kena cari Indon la nampaknya.

Pengajaran, kalau beli rumah yang dah ada penyewa, sekurang-kurang deposit baru untuk api, air patut ambil. Rasa kesian dan simpati kita kadang-kadang tak berbaloi bila mereka pindah mengejut macam ini..